Perodua Axia merupakan kereta kecil keluaran Perodua. Kereta ini hanya didatangkan dengan enjin 1.0cc sahaja. Perodua Axia ini mempunyai 4 varian auto dan 5 pilhan warna. Kereta ini mempunyai penjimatan minyak petrol dan boleh pergi sejauh 27km/liter. Sangat sesuai digunakan di kawasan bandar mahupun diluar bandar.
Perodua Bezza merupakan kereta pertama sedan keluaran Perodua. Kereta ini didatangkan dengan 2 versi engin (1.0cc dan 1.3cc). Perodua Bezza menyediakan 2 jenis transmisi (manual & auto). Perodua Bezza sangat sesuai digunakan di bandar disebabkan penjimatan minyak yang bagus. Perodua Bezza ini mempunyai keluasan bonet seluas 508liter. Sangat sesuai untuk mengangkut muatan yang banyak.
Perodua Myvi merupakan kereta ‘hatchback’ keluaran dari Perodua. Kereta ini datang dalam 2 versi engin (1.3cc dan 1.5cc). Malah, Perodua Myvi hadir dalam 5 varian (1.3cc 2 varian & 1.5cc 3 varian). Kereta ini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti “LED Headlamp” dan “Built-in Smart Tag”.
Perodua Ativa merupakan kereta pertama keluaran Perodua yang ada sistem turbo pada engin. Kereta ini hanya menggunakan enjin 1.0cc sahaja, namun di sokong oleh sistem turbo membuatkan kereta ini mampu menghasilkan kuasa 98hp dan tork 140Nm. Perodua Ativa ini sangat selesa digunakan harian disebabkan ketinggian dan penjimatan minyak.
Perodua Alza merupakan kereta konsep MPV 7 tempat duduk keluaran dari Perodua. Kereta ini hadir dalam 3 varian dan dilengkapi dengan enjin 1.5cc. Perodua Alza ini sangat sesuai digunakan untuk keluarga besar. Kereta ini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti “Blind Spot Monitor” dan “Electronic Parking Brake”.
Perodua Aruz merupakan kereta konsep SUV 7 tempat duduk keluaran Perodua. Kereta in hanya hadir dalam 2 varian sahaja dan dilengkapi dengan engin 1.5cc. Kereta ini menggunakan konsep ‘Rear Wheel Drive’ membuatkan ia mudah dikendali walaupun besar. Perodua Aruz ini hadir dengan tayar bersaiz 215/60 R17 membuatkan kereta ini nampak tinggi dan mudah untuk meredah kawasan banjir.